Sakit belakang sering mengganggu saya

Kalau anda selalu sangat minta anak-anak @ cucu pijak belakang atau suruh isteri urut, memangnya anda seorang pembuli.

Hentikan, kerana kami ada caranya!

Legastick adalah alat yang direka khusus untuk membantu semua orang menyelesaikan masalah sengal otot di seluruh badan.

Anda tidak perlu lagi meminta bantuan sesiapa untuk mengurut badan anda. Sangat mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Urutan boleh menjadi salah satu kaedah terbaik untuk menghilangkan ketegangan otot.

Namun, sukar untuk mencari cara untuk mengurut diri sendiri, terutamanya dengan cara yang menjimatkan.

Nasib baik, ada tongkat urut yang sangat bagus. Tempat yang sukar pun dapat dijangkau.

Dengan  harga yang semua orang mampu,  anda pasti dapat memiliki tongkat urut yang sesuai untuk keperluan anda.

Teruskan membaca untuk melihat bagaimana produk ini dapat menyelesaikan masalah anda.

Ramai orang ada masalah ini

Mengapa anda perlukannya…

  • Tangan tak sampai

Biasanya titik sengal terletak dibahagian belakang anda. Tangan anda tidak akan sampai untuk memicit sendiri bahagian tersebut.

  • Sakit jari tangan

Jari-jemari anda tidak akan mampu untuk memicit tempat yang sakit dalam tempoh yang agak lama. Jari anda sendiri akan sakit-sakit.

  • Orang malas nak layan

Sekiranya kita sering meminta bantuan orang lain untuk mengurut, tentunya orang akan bosan dengan kita.

  • Makan wang dan masa

Boleh saja pergi spa atau jumpa tukang urut tetapi rasa sakit yang berulang-ulang membuatkan anda terpaksa pergi berurut berulang kali. Ini semua memerlukan wang dan waktu yang banyak.

Kisah Saya dan Legastick

  • Masalah sengal otot (lenguh)

Saya dapat rasakan ramai orang di luar sana mempunyai masalah sakit otot (lenguh). Sakit otot boleh berlaku di mana-mana sahaja di badan kita.

Bahagian-bahagian yang sering di serang ialah belakang, bahu, urat belikat, pinggang, leher. Secara umumnya di seluruh badan termasuk kaki dan tangan.

Tapak kaki juga tidak terkecuali. Bagi yang sudah biasa mendapatkan rawatan urut refleksi tapak kaki, akan berasa sengal-sengal jika tidak pergi ‘repeat’ dalam sesuatu tempoh.

Saya berkata demikian berdasarkan pengalan sendiri.

  • Punca sakit otot

Antara punca-punca biasa yang menyebabkan otot saya sakit ialah:

>>Keletihan

>>Berlebihan dalam sukan

>>Kerja/angkat bebanan yang berat

>>Duduk yang lama dalam satu posisi

> Stress

  • Mencari Jalan

Saya menganggap masalah ini tidak begitu serius kerana pada anggapan saya bukanlah boleh mneyebabkan kemudaratan. Tetapi rasa tidak selesa memaksa saya untuk melakukan sesuatu bagi meredakan rasa lenguh tersebut.

Apa yang biasa saya buat ialah dengan mengurut sendiri tempat yang sengal itu. Masalah besar timbul apabila tangan saya tidak sampai untuk mengurut di bahagian yang tidak dapat di capai oleh tangan. Misalnya bahagian belakang dan urat belikat.

Masalah lain ialah jari-jari saya lebih sakit dan lenguh untuk memicit dalam tempoh yang singkat sahaja.

Apa yang saya buat ialah mencari bucu tiang yang terdapat dalam rumah untuk saya tekankan bahagian belakang yang sakit itu. Mungkin agak melucukan.

Saya juga pernah mencari bahan alternatif untuk digunakan. Saya pernah guna buluh, rotan, alat penguli tepung dan sebagainya. Pernah orang beri kepada saya bola golf untuk saya gunakan. Dia cadangkan saya memijak-mijak bola golf untuk mengurut tapak kaki.

Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana bola golf itu terpelanting merata hala bila tersalah pijak.

Bermacam-macam cara dicuba

Bahan-bahan diatas tidak begitu memuaskan hati saya.

Akhirnya anak-anak dan isteri menjadi mangsa untuk memicit belakang saya. 

Saya masih ingat semasa kecil dulu ayah saya suruh pijak belakang dia. Saya rasa ramai orang ada pengalaman yang sama. Ini semata-mata untuk melegakan rasa lenguh belakang.

Sampai  satu ketika, anak-anak sudah besar. Kita sudah malu nak suruh lagi. Apatah lagi dah ada menantu. Nak suruh cucu pijak belakang, malu pulak kat menantu.

  • Servis Urutan

Pergi mengurut memang sedap. Malah ada orang yang ketagih. Selepas sesuatu tempoh mesti kena pergi urut. Jika tidak, badan jadi lemah dan lenguh-lenguh. Masalahnya ialah semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Urut refleksi tapak kaki setengah jam boleh sampai RM30. Urut badan setengah jam mungkin RM50.

Lagipun memerlukan masa yang terpaksa diluangkan.

  • Bantuan Anak-anak 

Saya mempunyai anak-anak yang begitu mesra dengan saya. Mereka sudi memicit-micit badan saya bila diperlukan. Sudah lumrah kehidupan, bila tiba masa, mereka keluar mencari kehidupan masing-masing. Belajar dan bekerja.

Isteri pula mempunyai waktu yang terhad dengan pekerjaan dan urusan rumah tangga.

Saya pun kembali memicit sendiri dengan pelbagai cara dan bahan yang ada.

  • Akhirnya

Akhirnya semua masalah selesai bila nak sulung saya menghadiahkan tongkat istimewa ini kepada saya. Pertama kali digunakan saya terus puas hati.

Tidak ada tempat yang tidak dapat dijangkau. Tidak perlu memicit lagi. Sedikit sahaja tenaga digunakan. Memadai meletakkan point tongkat pada titik sengal, terus tarik/tekan dan goyang sahaja.

Senang diguna, bila-bila masa

Boleh urut di semua bahagian

Kelebihannya

Melancarkan aliran darah

Menyihatkan dan meningkatkan fungsi otot

Meredakan kesakitan, memberikan rasa enak dan relax 

Menghilangkan stress

Setelah memiliki tongkat ni, anda seorang yang berjaya kerana:

  • Tidak lagi perlu bergantung/menyusahkan orang lain
  • Boleh urut refleksi tapak kaki tanpa keluarkan duit
  • Dapat melegakan sengal otot di mana sahaja tak kira masa
  • Rasa relaks kerana boleh urut sendiri dalam pelbagai posisi (berdiri/duduk/berbaring)
  • Dapat urut sendiri pada point/lokasi yang tepat

Apa kata mereka?

Encik Yahya

Sukar dipercayai….
Namun amat berbaloi kerana melegakan masalah sakit2 anggota. Sangat mudah digunakan tanpa perlu pertolongan anak2 dah….

Encik Azmi

Kenapa beli dengan kami?

Stok tersedia. Penghantaran mengambil masa antara 2 hingga 4 hari sahaja dalam musim biasa berbanding dengan pesanan yang dihantar dari luar negara mengambil masa antara 3 hingga 4 minggu.

Disclaimer:

Alat ini sangat membantu untuk melegakan sengal-sengal dan sakit otot secara fizikal. Sekiranya anda mempunyai masalah yang kronik dan sakit yang berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor.