MEMPERKENALKAN KURMA AJWA ALIYAH MADINAH AL – MUNAWWARAH

7 Biji Sehari Mampu Jauhkan Anda Daripada Ancaman Sihir & Racun, Mampu Memberikan Tenaga Segera Supaya Kekal Cergas Sepanjang Hari & Membantu Meningkatkan Sistem Imunisasi Dalam Badan

Kurma Ajwa adalah antara makanan yang datang daripada Syurga.

Ia juga dikenali sebagai kurma Nabi dan menyimpan khasiat yang tersendiri.

Kurma Ajwa adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam – hitaman, saiznya sederhana, baunya harum, isinya padat dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.

Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun Kurma Ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.

1001 Manafaat Kurma Ajwa Aliyah Madinah Al – Munawwarah Untuk Anda.

1. Membekalkan Tenaga Segera.

Kurma Ajwa kaya dengan gula semulajadi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa yang memberi tenaga dengan segera untuk kercegasan sepanjang hari terutama pada bulan Ramadan.

2. Meningkatkan Sistem Imunisasi.

Kurma Ajwa adalah penguat imunisasi badan secara semula jadi dan memberikan perlindungan terhadap ancaman penyakit.

3. Sumber Antioksida.

Kurma Ajwa kaya dengan kandungan Selenium, Flavonoid Glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh yang boleh kurangkan risiko anda terkena penyakit kronik.

4. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Kandungan antioksida di dalam Kurma Zaitun secara biologinya dapat meningkatkan kesihatan jantung dan dapat mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung.

5. Menurunkan Tekanan Dalam Darah

Amalkan Kurma Ajwa setiap hari dapat mengawal tekanan darah dan bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Ini adalah antara sebab Kurma Ajwa mendapat permintaan yang tinggi di Arab Saudi, Pakistan, India.

6. Membantu Melancarkan Proses Pencernaan & Kurangkan Sembelit

Kandungan serat yang ada dalam Kurma Ajwa berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

7. Khasiat Untuk Ibu Mengandung & Menyusu.

Kaya dengan zat besi yang tinggi dapat membantu ibu – ibu mencegah amenia. Ia juga bantu para ibu tingkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Dari Ladang Kurma Di Madinah Kami Bawakan Ke Malaysia Untuk Anda Dengan Kualiti Yang Terjamin!

Keadaan cuaca dan demografi alam di Madinah menghasilkan Kurma Ajwa yang terbaik.

Pokok Kurma Ajwa hanya tumbuh subur di tanah bumi Madinah dan tidak terdapat di kawasan atau negeri lain.

1. Kawasan Aliyah atau Awali

Kurma Ajwa kami datang dari kawasan berbukit yang dipanggil Aliyah, iaitu di sebelah Tenggara bandar Madinah. Kawasan ini merupakan tempat paling baik dan bagus untuk menghasilkan kurma yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.

2. Ladang Disahkan Organik

Penghasilan Kurma Ajwa Aliyah dengan standard organik tanpa sebarang bahan kimia menjadikan Kurma Ajwa Aliyah ini jauh lebih berkhasiat dan selamat untuk pengguna.

3. Tanpa Bahan Campuran

Kurma Ajwa Aliyah yang terhasil dan dibawa ke Malaysia tidak dicampur dengan sebarang bahan – bahan lain seperti gula tambahan, agen pengawet, pengganti rasa atau minyak lain.

4. Stok Baru Setiap Tahun

Semua stok Kurma kami termasuk Kurma Ajwa Aliyah ini adalah stok yang baru sampai dan masih segar. Bukan stok yang disimpan dari tahun – tahun lepas.