Kenapa Mesti Berniaga?

Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan atau kerana mereka takut akan rugi atau tak berbalik modal.

Anda juga begitu?

Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja. Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup kita sendiri.

Antara keistimewaan kenapa anda mesti berniaga :

1. Nak ada masa 

Ramai orang mengadu mereka tak ada masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu pun kena kerja, betul?

2. Untuk memenuhi keinginan

Pernah tak anda jumpa orang yang kerja makan gaji, tapi boleh jadi kaya dengan hanya gaji bulanan mereka? 

3. Membantu orang lain

Macam mana anda nak tolong orang lain jika diri anda pun tak tertolong lagi? 

4. Mencabar diri 

Risiko-risiko dalam bisnes boleh mematangkan anda, melatih diri anda menyelesaikan masalah, berfikir dengan lebih advance untuk mencari ruang kejayaan, dan mampu mencabar anda untuk melakukan perkara yang anda sendiri tak terfikir untuk melakukannya.     

5. Kepuasan diri 

Anda boleh berbangga dengan hasil kejayaan yang anda sendiri cipta pada masyarakat dan keluarga anda.

Elakkan Rasa Takut Mahu Berniaga

Antara takut yang sering didengar:

Takut rugi

Takut tak jadi

Takut menghadap rejection pelanggan

Takut kena ‘bahan’ dgn member

Takut gagal, nnti malu

Takut tiada masa

Dan macam-macam lagi jenis TAKUT yang ada.

tip_atasi_rasa_malu_berniaga_1

Takut Atau Malu Sebenarnya?

TAKUT ATAU MALU?

Sebenarnya anda bukan takut. Kebanyakan daripada kita ‘malu’. Cuba tanya diri anda sendiri betul tak anda malu nak jual goreng pisang di sekitar pekan tempat anda tinggal.

Kalau anda cikgu: “Apa pulak kata parents anak-anak murid aku nanti. Gaji cikgu tak cukup ke?”

Kalau anda Pegawai Kerajaan: “Takkan nak niaga pasar malam kot. Orang kan kenal aku kerja kat tempat berhawa dingin, pakai kot bertali leher. Orang selalu jumpa kau kat pejabat.”

Itu yang anda orang rasakan. Betul?

Kita pun tahu peniaga goreng pisang atau pasar malam atau pengusaha gerai mee goreng mamak boleh jana pendapatan bersih RM500 sehari. Andaikan dia bekerja 20 hari sahaja sebulan. Maka pendapatan bersih sebulan ialah RM10,000 sebulan.

Kalau anda seorang guru atau pegawai kerajaan, anda kena menjadi hamba majikan selama 30 tahun baru boleh dapat pendapatan RM10,000 sebulan. Itu pu  kalau anda berpangkat. Jika tidak sapai pencen gaji di bawah RM5,000 sebulan.

Keterangan:

Penjual pisang goreng, peniaga pasar malam dan yang seperti dengan mereka adalah pekerja. Mereka bekerja sendiri bukan buat bisnes.

Kalau kita berada di ibu kota, kita akan lihat ramai orang kelihatan kaya. Tak kira tua atau muda. Ramai orang muda berkereta mewah. Kita tertanya-tanya apakah pekerjaan mereka.

Sebenarnya golongan inilah yang ‘smart’ dalam kehidupan mereka. Mereka ada sesuatu yang kita tak tahu. Memang mereka mewah. Tapi bagaimana?

Teruskan membaca

Alasan Tidak Mahu Berniaga

Sememangnya  kita sendiri tahu jawapannya

Saya tak pandai. Tak ada ilmu bisnes. Malu. Tak ada masa.

Solusi:

Sertai ‘Team’ yang berjaya. Leader dan rakan-rakan sepasukan akan membantu anda sebagai ahli keluarga bisnes.

Tahukah anda, dunia teknologi digital yang canggih hari ini dapat menggantikan manusia untuk membuat kerja yang sangat susah untuk difikir oleh otak manusia.

Contoh 1: 

Kalkulator boleh mengira dengan pantas untuk anda walaupun anda gagal sekolah rendah sekalipun.

 

Contoh 2

Facebook page, Instagram, laman web boleh menjual dengan sendirinya. Anda cuma tunggu wang jualan masuk ke dalam akaun anda secara automatik sahaja. 

Tak perlu ilmu tinggi. Anda boleh membeli atau mengupah orang lain membangunkan kedai online anda sendiri.

Anda tak perlu malu kerana orang tak nampak pun muka anda.

Tak ada modal

Solusi:

Tahukah anda berapa ramai orang diluar sana yang berniaga tanpa modal? Hanya dengan menggunakan telefon bimbit mereka memulakan perniagaan.

Ejen ‘Dropship” hanya mencari pelanggan dan memberitahu HQ utuk uruskan jualan. Anda akan terus dapat keuntungan di situ.

Ejen Affiliate: “Affiliate Marketing” dalam perkataan yang mudah, “Menjual Barang Orang Lain”. Konsepnya seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. 

Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, hotel booking dan banyak lagi.

Takut rugi

Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. 

Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. 

Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.

Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. 

Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. 

Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.

Kesimpulan

Ramai orang diluar sana yang sangat berjaya dalam bisnes. Ada yang megah di khalayak. Ramai juga yang menjadi jutawan senyap.

Semua orang berpeluang untuk berjaya. Ianya memerlukan ilmu dan tindakan.

Kepada yang berminat untuk berniaga dengan modal seadanya, kami akan bantu anda dalam team sebagai ahli keluarga sendiri. 

Bukan paksaan. Sekadar meringankan bebanan kewanagan tanpa risiko. 

Sistem yang akan bekerja untuk anda. Menggunakan apa yang di tangan sahaja.

BEBASKAN DIRI ANDA